Friday 21 October 2011

Drama : Muzikal Kampung Baru oleh Hatta Azad Khan

SINOPSIS
Drama "Muzikal Kampung Baru" karya Hatta Azad Khan memaparkan isu pembangunan di Kampung Baru , Kuala Lumpur . Wataknya terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang terdapat di Malaysia .Watak utama ialah Gulm Russel yang berdarah campuran dan rakan-rakanya yang mempunyai lulusan pelbagai bidang mempunyai satu matlamat iaitu , mereka telah membuat pelan dan perancangan untuk pembangunan Kampung Baru secara menyeluruh . Rancangan pembangunan Kampung Baru ini mestilah dilengkapi dengan infrastruktur , latihan , kemahiran penduduk serta agihan hartanah selepas digunakan . Namun begitu apabila mereka mengemukakan cadangan untuk pembangunan Kampung Baru telah mendapat tentangan daripada penduduk kampung tersebut . Mereka mendapat pelbagai reaksi , iaitu ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang cadangan mereka terutama Haji Pahlawan , Raja Molek dan pengikut Nesan dan Jalad yang sememangnya tidak mahu perubahan ke atas pembangunan Kampung Baru . Gulam Russel dan rakan-rakanya tidak mudah mengalah apabila berhadapan dengan Haji Pahlawan , penentang terhebat terhadap pembangunan Kmapung Baru dan Raja Molek , oportunis yang hanya mementingkan keuntungan diri sendiri . Perdebatan antara golongan tua dan golongan muda membahaskan isu pembangunan ini diakhiri dengan persetujuan sebulat suara untuk kebaikan bersama .

TEMA
Tema yang terdapat dalam drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan ialah bertemakan isu pembangunan Kampung Baru , Kuala Lumpur . Isu pembangunan Kmapung Baru ini menjadi hangat apabila terdapat dua perbezaan pendapat Gulam Russel dan rakan-rakannya dengan penduduk Kampung Baru yang terdiri daripada Haji Pahlawan , Jalad , Nesan dan Raja Molek .

PERSOALAN 
1.     Ikhlas melakukan sesuatu perkara ,
  • Keikhalasan ini terpampar dalam diri Gulam Russel dan rakan-rakannya yang merancang satu projek pembangunan dan ingin menolong penduduk Kampung Baru dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka tanpa mengharapkan balasan .
2.     Menghormati orang lebih tua ,
  • Nilai menghormati ini dapat dilihat melalui watak Gulam Russel  dan Joshua Ong .
  • Walaupun sikap yang ditunjukkan oleh Haji Pahlawan yang panas baran dan sukar dibawa berunding namun begitu Gulam Russel dan Joshua Ong begitu menghormati Haji Pahlawan walau hakikatnya apa yang diperkatakan oleh Haji Pahlawan banyak salah daripada benar tetapi sebagai orang yang lebih tua , mereka menghormati Haji Pahlawan .
3.     Cinta akan tanah air , 
  • Semanagat patriotik penting yang perlu ditanam dalam diri setiap warganegara Malaysia . Semangat cinta akan tanah air ini jelas terpancar daripada watak Joshua Ong . Walaupun berjaya diluar Negara tetapi bangga menjadi rakyat Malaysia sedangkan beliau adalah keturunan Cina namu begitu fasih berbahasa Melayu dan tidak pandai  menggunakan bahasa Cina .
4.     Berfikiran positif dalam mencapai sesuatu matlamat ,
  • Terdapat golongan yang berfikiran positif dan tidak kurangnya yang berfikiran sebaliknya .
  • Keadaan ini dapat dibuktikan bahawa Gulam Russel dan rakan-rakannya berfikiran positif dalam merancang untuk membangunkan Kampung Baru demi memajukan negara .
5.     Sikap hipokrit demi kepentingan diri sendiri ,
  • Penipuan dan kepura-puraan ini dapat dilihat dalam beberapa peristiwa yang melibatkan watak-watak dalam drama ini .
  • Watak Nesan dan Jalad cuba mengaburi penduduk kampung dengan pertolongan yang diberikan . Disebalik pertolongan yang diberikan mengandungi makna yang tersirat dengan menipu penduduk kampung dan menentang pembangunan yang ingin dilakukan oleh Gulam Russel dan rakan-rakannya untuk kepentingan sendiri .

PLOT
Permulaan
  • Jalan cerita mudah dan tidak berbelit-belit . Terdapat unsur-unsur puisi Melayu tradisionalseperti pantun yang akan dikaitkan sesuatu peristiwa dengan peristiwa yang lain .
  • Dalam bahagian ini pengarang melukis sesuatu di mana terdapat unsur yang tidak stabil dan menimbulkan satu peristiwa dan pertanyaan dalam kalangan pembaca .
  • Permulaan cerita pengarang telah menggunakan watak yang menimbulkan konflik iaitu mengenai Kampung Baru . Suasana pertengkaran antara watak Gulam Russel dan Jalad telah menimbulkan satu pertanyaan dalam kalangan pembaca untuk terus mengetahui apa yang akan berlaku .
  • Seterusnya mengenai isu pembangunan Kampung Baru . Pengarang banyak menggunakan teknik dialog untuk menjalinkan sesuatu peristiwa dengan peristiwa yang lain .
Perkembangan 
  • Perkembangan cerita dimulai dengan Gulam Russel dan rakan-rakannya telah merancang satu projek untuk merancang pembaharuan ke atas Kampung Baru . Namun begitu , idea Gulam Russel untuk merancang pembaharuan Kampung Baru . Namu begitu idea Gulam Russel untuk memajukan Kampung Baru ditentang oleh Haji Pahlawan , Nesan , Jalad dan Raja Molek yang pentingkan diri sendiri .
  • Perdebatan isu pembangunan Kampung Baru menjadi hangat apabila pengarang mengolah aksi watak-watak daripada akibat dan sebab berdasarkan rentetan peristiwa .
  • Peristiwa yang berkesinambungan itu berkembang dan dimasukkan unsur-unsur saspen , surprise dan konflik yang timbul daripada konflik-konflik tertentu . Kesemua unsur ini digarap dengan baik menggunakan teknik imbas muka .
  • Teknik imbas muka dapat dilihat apabila Tulus cuba menerangkan kepada Jalad dan Nesan rancangan yang ingin dilakukan , dimana Kampung Baru yang boleh dikatakan buruk boleh dijadikan kampung tarikan pelancong berkeluarga dari seluruh dunia seperti yang telah dilakukan ileh negara Jepun dan Korea .
  • Konflik seterusnya ialah Gulam Russel berusaha meyakinkan Haji Pahlawan yang semamangnya telah membantah habis-habisan mengenai pembaharuan yang akan dilakukan terhadap Kampung Baru . Haji Pahlawan merupakan seorang yang keras kepala dan payah dibawa berunding . Apa sahaja yang orang lain cakap semuanya salah dan dia sahaja yang betul pada hakikatnya tidak benar .
Puncak (klimaks)
  • Gulam Russel dan rakan-rakannya telah menerangkan satu persatu rancangan yang akan dilakukan . Tambahan pula mereka ini mempunyai kepakaran masing-masing.
  • Tayangan multimedia adalah untuk meyakinkan kepada penduduk Kampung Baru rancangan yang ingin dilakukan bukan membawa keburukan tetapi membawa kebaikan dan membuka minda penduduk Kampung Baru untuk memajukan diri sendiri .
Peleraian
  • Berkat usaha yang ditunjukkan oleh Gulam Russel dan rakan-rakannya telah membuahkan hasil dimana Raja Molek mengakum kalah dan kagum dengan apa rancangan yang akan dilakukan oleh Gulam Russel dan rakan-rakannya . Rancangannya mendapat persetujuan dari semua pihak penduduk Kampung Baru .
WATAK DAN PERWATAKAN 

Haji Pahlawan
  • Berusia 69 tahun .
  • Penduduk asal Kampung Baru .
1.     Seorang yang berfikiran artodoks ,
  • Haji Pahlawan ialah seorang yang berfikiran artodoks dan tidak mahukan perubahan walaupun hakikatnya apa yang di utarakan adalah tidak benar .
  • Hal ini jelas apabila beliau menyatakan bahawa Gulam Russel tidak layak menjadi orang Melyu kerana mempunyai darah campuran . Mahan orang Melayu sahaja yang beragama Islam .
2.    Seorang yang degil dan tetap pendirian ,
  • Perwatakan Haji Pahlawan juga ialah seorang yang degil dan tetap pendirian . Sikap degil dan tetap pendirian dapat dilihat apabila beliau tidak mahu mengadakan perubahan terhadap Kmapung Baru . Malah telah memberi amaran tidak ada sesiapa yang boleh sesuka hati mengatur hidupnya dan tidak akan berpindah dari Kampung Baru .
3.     Seorang yang panas baran ,
  • Perwatakan panas baran ini terbukti apabila beliau marah terhadap pemimpin yang berjanji ingin membuat perubahan terhadap Kampung Baru . Semasa pilihan raya semua meteri turun dengan pelbagai janji tetapi satu pun tidak dilaksankan apabila menang pilihan araya .
Mak Renong
  • Seorang janda
  • Berusia lewat 60-an
  • Seorang yang berpelajaran 
1.     Seorang yang berfikiran terbuka ,
  • Mka Renong menyokong pembaharuan yang dibawa oleh Gulam Russel dan rakan-rakannya untuk membangunkan Kampung Baru . Malahan sanggup kerahkkan anak cucunya untuk turut sama membangunkan Kampung Baru .
Ratnasari

  • Berketurunan Cina dan India ( Cindia )
  • Isteri kepada Gulam Russel 
  • Lulusan Jabatan Sejarah , Universiti Malaya dan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjan di School of African and Oriental Studies (SOAS) , Universiti London .
  • Pkar dalam sejarah Tanah Melayu sebelum merdeka dan Sejarah Asia Tenggara .
Gulam Russel 
  • Anak kacukan pelbagai keturunan 
  • Neneknya Melayu dan datuknya Pakistan 
  • Ibunya berkahwin dengan orang Inggeris dan dia pula berkahwin dengan gadis keturunan campuran Cina India 
  • Graduan Pengurusan Perniagaan dan Undang-undanag dari Univerisiti di United Kingdom 
1.     Seoarang yang penyayang , 
  • Ini dapat dibuktikan iaitu ketika Gulam Russel menenangkan sikapa panas baran Jalad yang cuba untuk memecahkan kamera Rosmera iaitu adik Gulam Russel keran telah merakamkan rumah-rumah buruk , jambang gali dan longkang tersumbat di Kampung Baru . Namun begitu niat Jalad terhenti keran ditentangkan oleh Gulam Russel .
2.     Seorang yang menjaga adat ketimuran ,
  • Walaupun Gulam Russel ialah seorang yang berketurunan darah caampuran dan belajar di luar negara nilai-nilai ketimuran tetap utuh dalam dirinya .
  • Gulam Russel baru pertama kali berjumpa dengan Cik Pa terus bersalam dan cuba menerangkan cadangan pelan pembangunan Kampung Baru .
3.    Seorang yang menghormati orang tua ,
  • Hal ini dapat dilihat apabila beliau ditentang oleh Haji Pahlawan yang tidak mahu akan perubahn terhadap Kampung Baru namun beliau dengan penuh berhemah cuba meyakinkan Haji Pahlawan menerima pembaharuan terhadap Kampung Baru .
4.     Seorang yang ikhlas , 
  • Keihlasan beliau dalam melakukan sesuatu pekjaan tanpa mengharapkan balasan .
  • Keadaan ini terbukti apabila beliau melakukan perubahan terhadap Kampung Baru sebagai kerja sukarela tanpa mengharapkan keuntungan , anam pangkat , yang penting dpat membantu pendudu Kampung Baru dan para penduduk memberikan sokongan pasu apa yang ingin dilakukan .
5.    Seorang yang berpandangan jauh ,
  • Hal ini dapat dilihat apabila beliau dan rakan-rakannya merancang untuk projek pembangunan Kampung Baru . Projek ini akan menaik taraf Kampung Baru yang dikatakan terlalu kotor dan buruk . Malahan projek ini melibatkan semua Penduduk Kamoung Baru dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat .
Nathan
  • Abang kepada Ratnasari 
  • Lulusan Kejuruteraan Awam dari sebuah univerisiti tempatan 
Rosemera 
  • Adik perempuan Gulam Russel 
  • Berkawan rapat dengan Nathan 
  • Pakar multimedia dan bekerja sebagai penerbit berita dan hal ehwal semsa di sebuah stesen televisyen 
Cik Pa 
  • Bujang terlajak 
  • Membawa gaya 60-an yang setia skuter Vespa lama warisan daripada arwah datuknya 
  • Rumahnya dijadikan sebagai pusat dan ibu pejabat sekumpulan pemilik skuter lama yang melantiknya sebagai ketua 
  • Mereka memanggilnya Cik Vespa tetapi gelaran itu akhirnya diringkaskan menjadi Cik Pa 
  • Penduduk Kampung Baru memanggilnya Mat Vespa , tetapi anak-anak muda yang meminatinya memanggilnya Abang Pa
  • Seorang yang mesra
Tulus
  • Kawan sekolah Gulam Russel sejak kecil 
  • Anak jati Kampung Baru 
  • Lulusan Sarjana Muda Pelancongan dari New Zealand 
Joshua Ong 
  • Seorang arkitek yang meminati bangunan Warisan Nusantara 
  • Kawan baik Gulam Russel dan Ratnasari 
Yam Marman 
  • Peniaga warung nasi lemak ' WORLD CLASS '
  • Janda manis lewat 30-an yang diminati ramai lelaki termasuklah Cik Pa 
  • Banyak dibantu oleh Pak Gito dan Sulastri 
Pak Gito 
  • Lelaki Indonesia lewat 40-an yang dibesarkan di Kampung Baru 
  • Pekerja warung milik Yam Maryam 
  • Seorang yang pendiam 
Sulastri 
  • Pekerja di Indonesia bekerja di warung Yam Maryam 
  • Anak gadis yang gemar menari dan menyanyi 
Nesan dan Jalad 
  • Dua orang pemuda yang sentiasa ligat dan mengambil kesempatan atas apa-apa sahaja peluang yang boleh menghasilkan keuntungan 
1.     Seorang yang panas baran ,
  • Semua yang dilakuakan oleh mereka adalah betul dan tidak ada sesiapa yang boleh membantahnya . Pantang ada orang yang melawannya pasti mereka menggunakan kekerasan dan bukannya menggunakan akal bagi menyelesaikan sesuatu masalah .
  • Contonhya ketika Rosemera merakamkan gambar Kampung Baru yang buruk dan memarahi Ratnasari yang ingin mencceritakan perihal Kampung Baru . Namun begitu niat mereka dihalang oleh Gulam Russel dan rakan-rakannya .
2.     Mempunyai tanggapan buruk terhadap orang lain ,
  • Nesan mempunyai tanggapan buruk terhadap kebolehan orang lain sehinggakan tiada seorang pun penduduk Kampung Baru yang berpelajaran tinggi yang dapat membantu meringankan beban penduduk kampung . Sedangkan Gulam Russel dan rakan-rakannya anak jati Kampung Baru merupakan orang yang berpelajaran tinggi sehingga ke luar negara .
3.     Seorang yang pentingkan diri ,
  • Jalad dan Nesan ialah seorang yang mementingkan diri sendiri tidak menghiraukan orang lain . Keadaan ini bermakna juga mereka ini , seorang yang ligat dan mengambil kesempatan atas apa-apa yang boleh menghasilkan keuntungan .
  • Mereka sanggup melakukan kerja halal dan haram asalkan mereka mendapat keuntungan . Walaupun mereka membantu penduduk Kampung Baru namun hakikatnya mereka mengambil kesempatan terhadap pertolongan yang mereka berikan .
Raja Molek 
  • Penduduk asal Kampung Baru 
  • Berusia 60-an , orang kaya ternama tetapi kurang pintar dalam banyak perkara 
1.     Seorang yang mementingkan kedudukan ,
  • Hal ini jelas apabila beliau meminta wang dengan banyak jika mahu perubahan dilakukan ke atas Kampung Baru dan beliau akan terus berpindah dari situ . Malahan beliau juga turut menawar ditabalkan menjadi raja Kampungb Baru .
Pelakon Tambahan
  • Terdiri daripada pengikut , iaitu sekumpulan enam orang anak muda lelaki berpakaian segak yang sering mengikut Nesan dan Jalad .
  • Pekerja warung iaitu sekumpulan lapan orang anak muda lelaki dan perempuan berpakaian harian dan berapron .
  • Peminat kumpu;an 10 orang anak muda yang meinati Cik Pa .
LATAR
Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa . Antara latar tempat dalam drama Muzikal Kampung Baru ialah :

1.     Kampung Baru :
  • Rosemera telah menunjukkan keadaan Kampungb Baru yang mundur dan tidak membangun walaupun berada ditengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur .
2.     Luar kediaman Raja Molek :
  • Jalad dan Nesan menyanyi dalam rentak boria .
3.     Warung Yam Maryam :
  • Temoat dimana Mak Renong memarahi Jalad dan diperhatikan  oleh Yam Maryam , Pak Gito dan Sulastri .
4.     Rumah Raja Molek :
  •  Jalad telah membawa Tulus , Joshua Ong , Ratnasari , dan Rosemera yang akan membincangkan mengenai rancangan terhadap Kampungb Baru .
5.     Halaman rumah Gulam Russel :
  • Tempat yang dijadikan Ibu pejabat Perbadanan Kampung Baru yang yang telah didatangi Haji Pahlawan disambut oleh Gulam Russel , Ratnasari , Tulus , Joshua Ong dan Nathan .
6.     Ruang tamu rumah warisan Gulam Russel :
  • Gulam Russel dan kawn-kawannya membuat lagi satu persembahan multimedia , lengkap dengan lakaran dan gambar-gambar yang terpancar pada skrin pentas .
Latar Masa
Latar masa ialah merujuk kepada saat , ketika waktu , zaman musim atau era bila sesuatu itu berlaku .
  • Berlaku pada tahun 2007 .
Latar Masyarakat   

1.     Masyarakat yang berpendidikan ,
  •  Golongan berpendidikan ini terdiri daripada watak Gulam Russel , Ratnasari , Tulus , Joshua Ong , dan Nathan 
2.     Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
  • Terdapat segelintir masyarakat penduduk Kampung Baru yang berdarah campuran contohnya Gulam Russel mempunyai darah campuran Pakistan dan Inggeris .
3.     Masyarakat yang memahami adat resam dan budaya orang lain ,
  • Contohnya Joshua Ong amat memahami dan berpengetahuan mengenai adat resam  orang Melayu walaupun berketurunan Cina . Namun begitu adat resam orang Melayu sebati dalam hidupnya .
GAYA BAHASA
1.     Simile
  • Perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata : ''seperti '',''laksana'',''bagai'',''umpama'',''macam''.
  • Contohnya :     
  • Jalad: bukan nak cakap besarlah ! Semua tu kami yang tolong . Kedai nasi lemak world class Kak Yan ni pun tak akan hidup kalau kami tak bekalkan pekerja-pekerja luar macam Pak Cik Gito dan Sulastri !
    2.     Personifikasi
    • Contohnya :
    • Kamera tak pernah berbohong 
    3.     Hiperbola 
    • Contohnya :
    • Mak Renong : Nak sihat , nak senag saja . Makan minum jangan berlebihan , jangan makan makanan sejuk walaupun dipanaskan semula , makan banyak buah dan ulam , minum air suam , bukan air setan , tubuh badan mesti sihat .
        4.    Inversi
        • Pemalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunan lazim 
        • Contohnya :
        • Nesan : baik-baik cakap Pak Aji , dan jangan menghina nama saya !
        5.     Sarkasme 
        • gaya bahasa sindiran yang terlalu kuat menyakitkan hati pendengar atau yang kena sindir kerana adnya unsur cemuhan dan celaan .
        • Contohnya :
        • Haji Pahlawan : Nesan ! Namanya Nesan ! Macam tak percayakan ? Nesan biasanya kaku dan tegak di tanah kubur ! Tapi Nesan ini melalak dan bergerak di serata Kampung Baru mencari mangsa ! .
        6.     Sinkof
        • Contohnya :
        • Gulam Russel : saya bukan nak serahkan kampung ni pada orang lain ! Saya cuma nak majukan kampung ni . Tetapi sebelum tu , saya ada satu pengumuman  : nama Kampung Baru akan bertukar menjadi Kampung Buruk ! Sebabnya dah tak ada yang baru di sini , semuanya buruk , lapuk , busuk  , berhabuk , berkarat , berkulat , berkulat  berulat !
        7.     Diksi 
        • Kata-kata yang tepat digunakan pada tempat atau situasi yang sesuai . Pemilihan diksi yang tepat akan dapat memberi makna yang tepat dan berkesan untuk menyampaikan mesej pengarang dalam karyanya . Istilah-istilah bahasa inggeris banyak digunakan dalam drama ini .
        • Contonhnya :
        • Ratnasari : excuse me ! Suami saya Gulam Russel dan kawan baiknya sejak kecil ni , Tudis namanya ialah anak kelahiran Kampung Bru ! Saya tahu mereka berdua ni lebih pandai daripada apa yang ...nama you siapa ?
        8.     Repitasi 
        • Unsur perulangan kata atau frasa dalam satu kalimat .
        • Contoh :
        • Nesan : cakaplah ! Cakap pasal pembangunan , pasal peningkatan ...ini orangnya yang serba tahu tentang kemajuan dan pembangunan . Kemajuan dan pembangunan ialah duit , duit dan duit ! Tak ada duit , jangan cerita panjang . Cakap pasal meningkatkan ekonomi ni dah basi sebenarnya ! Cakap di mulut atau kertas memang sedaplah !Tapi cakap saja...habuk pun tadak ! kami yang tolong tambah rezeki untuk dia orang ! 
        9.     Eksklamasi :
        • Gaya bahasa yang menggunakan kata seru untuk tujuan penegasan maksud yang digunakan oleh seseorang pengarang .
        • Contoh :
        • Gulam Russel : takkan saya nak buat kerja macam tu lagi ! Saya hormat Pak Haji sekarang ni ! Pak Aji macam datuk saya !
        NILAI
        1.     Nilai persahabatan ,
        • Gulam Russel , Joshua Ong dan Tulus berjaya memaparkan nilai persahabatan yang baik walaupun dari pelbagai bangsa . Mereka ini berganding tenaga dan buah fikiran untuk memajukan Kampung Baru . Nilai persahabatan yang ditonjolkan ini menjadi suasana kehidupan manusia .
        2.     Nilai Keagamaan ,
        • Unsur-unsur keagamaan jelas terpancar pada watak Gulam Russel yang mempertahankan hujahnya dengan menyatakan bahawa agam Islam bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk semua bangsa di dunia . Nilai keagamaan yang tinggi mampun menjadikan seseorang itu sentiasa berwaspada dan berfikiran panjang sebelum bertindak .
        3.     Nilai budaya dan adat resam ,
        • Drama Muzikal Kampung Baru jelas membawa nilai-nilai kebudayaan yang begitu berbeza . Dimana terdapatnya bangsa yang mempunyai berbezaan budaya tetapi semangat jati diri rakyat Malaysia tetap utuh dalam diri mereka .
        Pengajaran 
        1.     Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara ,
        • Contohnya Gulam Russel dan rakan-rakanya ikhlas untuk membangunkan Kampung Baru tanpa mengharapkan keuntungan semat-mata , sebaliknya ingin membantu penduduk Kampung Baru .
        2.     Kita hendaklah gigi berusaha untuk mendapatkan sesuatu matlmat dengan cara yang betul
        • Contohnya Gulam Russel gigih berusaha dengan membuat kajian untuk meyakinkan penduduk Kampung Baru menyokong projek pembangunan yang ingin dilakukan .
        3.     Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua ,
        • Contonhya Joshua Ong telah memberi hadiah kepada Haji Pahlawan tetapi tidak diterima . Joshua Ong menghormati pendirian Haji Pahlawan dan mengalah .

          No comments:

          Post a Comment