Wednesday 14 December 2011

Menggapai Pelangi oleh Taha Abdul Kadir

SINOPSIS
BABAK SATU 
Drama ini bermula dengan memaparkan kisah kehidupan Imran yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang chaya mata dan bkal mendapat seorang cahaya mata seorang lagi . Namun disebalik perkahwinan yang bahagia itu , terselit sebuah kenangan silam Imran , iaitu Imran sebelum ini mempunyai teman wanita sebelum Imran berkahwin dengan Hayati . Tetapi kenangan tersebut telah lenyap dari kotak ingatan Imran selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan Imran bersama teman wanitanya dahulu di jalan raya . Namun , dlam kegembiraan Imran melayari kehidupan bersama isteru dan anak tersayang , teman wanitanya yang lama telah muncul kembali dalam hidup Imran .

BABAK DUA 
Imran dan Asma akhirnya berjumpa semula , masing-masing bertanya khabar . Namun kehidupan Imran jauh lebik baik dan bahagia dari Asma , Asma hanya hidup sebatang kara , mak dan ayahnya telah meninggal dunia manakala adiknya sakit mental akibat tidak dapat menerima kenyataan bahawa mak dan aahnya sudah meninggal dunia . Imran berasa bersalah keran telah mengukir janjinya denagn Asma dahulu iaitu akan jadikan Asma sebagai isterinya . Disebabkan kemalangan itu Asma telah sakit dan janji Imran pada Asma pada masa itu akan berkahwin dengan Asma selepas sembuh dari keceraan tersebut , Namun selepas kemalangan itu Imran sudah mencari Asma di merata tempat teatpi tidak juga ditemui . Dan selepas dari itu , hubungan mereka berdua putus tanpa khabar berita . Tetapi dalam kegembiraan Imran bersama keluarganya Asma telah wujud smula bertanya akan janji Imran terhadapnya dahulu .

BABAK TIGA
Suatu oagi Norasma bertemu dengan Dr. Mona keran da temujanji antar doktor dengan pesakit . Norasma bersembang dengan Dr.Mona dan dia menyatakan persaannya yang tidak tentu hala dan dia selalu memikirkan dirnya tiada harapan lagi untuk hidup seperti orang biasa , namun Norasma dtenteramkan oleh Dr. Mona . Selepas merawat Norasma , Dr. Mona tersempak dengan Norhayati dan mereka berdua bersembang sekejap sebelum masing-masing beredar .


BABAK EMPAT
Imran bermain dengan perasaan sendiri , iaitu antara janjinya ingin berkahwin dengan Norasma dan hidupnya yang telah bahagia dengan isterinya Norhayati dan chaya matanya .

BABAK LIMA
Yati menelefon Dr. Mona supaya datang ke rumahnya . Norhayati tidak mempunyai niat jahat dengan memanggil Dr. Mon keran kerisauannya terhadap perubahan sikap Imran sejak akhir-akhir ini . Yati tiada tempat untuk mengadu , dengan Dr. Mona tempat Norhayati meluahkan perasaan dan tempat berkongsi masalh yang dihadapi .

BABAK ENAM 
Imran bertemu dengan Zahid . Pada masa itu Zahid telah berterus terang terhadap komitmen Imran terhadap pekerjaannya yang agak menurun sedikit berbanding sebelum ini . Sehubungan itu , Imran telah menjelaskan perkara yang bersarang di mindanya dan Zahid telah menasihati Imran supaya menyelesaikan dengan cara baik dan masalah sebegitu tidak boleh menyebabkan kerja lain juga tertunggak , selain itu Zahid menegur agar , supaya menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Yati , agar tidak merasa curiga terhadapa Imran , ini kerana Norhayati seorang isteri yang baik kaya Zahid .

BABAK TUJUH
Pada suatu petang Imran dan Yati keluar bersiar-siar di tepi pantai , dalam pada masa yang sama Imran telah menjelaskan kepada Norhayati permasalahan yang dihadapinya , Imran telah menceritakan segala-galanya tentang dia dengan Norasma . Norhayati teramat sedih namun Norhayati tabahkan hatinya untuk mendengar penjelasan suaminya , Yati sedih mendengar cerita apa yang telah berlaku pada Imran tapai pada masa yang sama Yati juga buntu dengan janji Imran terhadap wanita tersebut , namun bagi Imran , dia berasa bersalah terhadap janjinya terhdapa Norasma sekiranya tidak ditunaikan .


BABAK LAPAN
Norasma dan Imran berjumpa buat kali kedua , Imran memberitahu kepada Norasma bahawa Yati telah pun mengetahui peristiwa lampau mereka berdua tetapi Norasma begitu terkejut dengan tindakan Imran memberitahu perkara tersebut kepada Yarti . Sehubungan itu Iran ingin mengahwini Norasma dan berharap Norasma memaafkannya dengan mengambil Norasma sebagai isterinya . Namun Norasma tidak sanggup berbuat sedemikian keran Norasma tidak sanggup untuk melukakan perasaan Yati dan anak kecil it . Justeru , dari dulu lagi Norasma telah pun memaafkan Imran dan bagi Norasma kisah sila mereka berdua dahulu telah Asma lipat dalam sejarah hubungan mereka  berdua . Sehubungan itu , Norasma tidak mahu hidup seperti menggapai pelangi iaitu hanya dapat dilihat namun tidak dapat dimiliki dan dipegang untuk selamanya .

BABAK SEMBILAN
Yati berjumpa dengan Dr. Mona dan meluahkan perasaanya yang teramat pedih dan sedih . Dr. Mona cuba sedaya mungkin menasihati dan memberi kaat semangat kepada Yati agar lebih tabah dan bersemangat dengan ujian dari Yang Maha Esa .

BABAK SEPULUH
Imran berjumpa dengan Zahid dan masih menyatakan niatnya ingin mengahwini Asma disebabkan janji masa lampau . Namun Imran tidak memikirkan perkara yang akan berlaku dihadapan kelak . Namun cuba menasihati Imran aagr tidak terburu-buru membuat keputusan dan memikirkan kesan terhadapt keputusan yang dibuat secara terburu-buru itu . Selepas itu , Zahid telah menjelaskan kepada Imran , kecelakaan yang menimpa Imran sebenarnya ada sebabnya . Kata Zahid mungkin sebabnya Imran dan Norasma masa dahulu selalu berdua-duan , kalau mengikut landasan agama Imran dan Norasma telah melakukan maksiat dengan itu balsannya menyebabkan kemalangan yang tidak diingini telah berlaku terhadap mereka berdua . Namun Imran masih tetap dengan niatnya ingin berkahwin dengan Norasma , tetapi Zahid cuba menasihati Imran dengan  cara yang abik dengan menyuruh Imran betaubat dan buka lembaran baharu dlam hidup Imran dengan keluarga yang sudah dibina dengan kebahagiaan . Akhirnya Imran kaur dan ikut segala nasihat daripada Zahid .

BABAK SEBELAS
Yati telah pulang ke kamoung sempena cuti persekolahan sambil mengambil peluang untuk menenangkan hati dan persaan yang berkecamuk . Pada msa yang sama Imran telah mencari Yati di setiap tempat dan akhirnya jumpa di kampung juga . Selepas itu , Imran telah menjelaskan kepada Yati dan menyatakan keputusan sewajarnya telah dibuat . Namun Yati menerimanya dengan reda dan menghirmati apa pun keputusan suaminya itu . Yati menyangkakan suaminya akan berkahwin dengan wanita tersebut . Tetapi dari mulut Imran sendiri Yati mendengar bahawa Imran dan Asma akan ikut haluan masing-masing untuk bertaubat dan Asma akan ke Makkah dan Imran selamnya bersama isteri tersyang dan cahaya matanya . Akhirnya Ytai amat terharu dengan keputusan Imran . Mereka berdua saling berpandangan dan tersenyum .

PEMIKIRAN
Drama ini memaparkan tema pergolakan jiwa yang dialami oleh Imran . Imran suami yang baik dan bertanggunjawab mengalami konflik jiwa apabila Norasma , bekas teman sekuliahnya atai 'kekasihnya' sewaktu di Universiti dulu tiba-tiba muncul kembali . Sewaktu berkasih Imran telah berjanji untuk mengahwini  Norasma .

PERSOALAN
1.     Bertanggungjawab terhadap keluarga ,

  • Imran digambarkan seorang yang bertanggungjawab dalam urusan kekeluargaan dan menjaga isteri dan anaknya dengan baik .
  • Dapat kita lihat contoh pada muka surat 287 , dimana Imran bertanggungjawab mengambil isterinya pulang mengajar dari sekolah .
2.     Kehidupan yang serba moden dan penggunaa teknologi komunikasi yang canggih ,
  • Kesibukan masyarakat sekarang yang selalu meggunakan lat telekomunikasi walau dimana sahaja .
  • Disebabkan kehidupan yang serba miden sekarang kebanyakkan mesyarakat sekarang lebih banyak menggunakan alat telekomunikasi untuk berhubung antara satu sama lain  , tidak kira bertujuan  bertanya khabar atau bekerja .
  • Dalam drama ini Imran selau menerima panggilan telefon dari Zahid dan Norasma , selain itu Norhayati juga selalu menggunakan telefon untuk menghubungi Dr. Mona apabila dia ada masalah tertentu .
3.     Berpegang pada janji ,
  • Sebelum berkahwin dengan Norhayati , Imran pernah berjanji dengan kekasih lamanya untuk berkahwin , namun kekasihnya telah menghilangkan diri selepas peristiwa kemalangan itu .
  • Norasma telah muncul semual dan Imran perlu cuba mengotakan janjinya terhadap Norasma teatpi dia keliru dengan keputusannya itu .
4.     Befikiran positif seta memahami perasaan wanita ,
  • Norasma memahami perasaan Norhayati sebagai isteri Imran walaupun Imran ingin mengotakan janjinya dengan mengahwini Norasma .
  • Norasma berfikiran positif dan tidak berniat untuk menghancurkan rumah tangga Imran dan Norhayati dengan tidak berkahwin Imran dan Norasma juga menyatakan kepada Imran dia tidak akan mengahancurkan perasaan Norhayati keran Norhayati seorang isteri yang baik dan sanggup berkorban untuk Imran dengan menbenarkan Imran berkahwin dengan Norasma .
5.     Rela berkorban demi orang yang disayangi ,
  • Norhayati digambarkan seorang yang sanggup berkorban dengan membenarkan suaminya berkahwin satu lagi demi megotakan janjinya terhadap Norasma semasa mereka belajar bersama .
  • Norhayati begitu baik dan sanggup berkongsi kasih sayang dengan norasma walaupun hatinya begitu pedih tetapi atas permintaan suaminya Norhayati akur dengan suaminya .
PLOT 
Permulaan 
  • Memparkan kisah kehidupan Imran yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahay mata dan bakal mendapat sorang cahaya mata lagi . Namun disebalik perkahwinan yang bahagia itu , terselit sebuah kenangan silam Imran , iaitu Imran sebelum ini telah mempunyai teman wanita sebelum Imran berkahwin dengan Norhayati .
Perkembangan 
  • Teman wanita Imran yang lama telah muncul kembali dalam hidup Imran . Iran dan Asma akhirnya berjumpa semula , masing-masing bertanya khabar . Imran berasa bersalah keran telah mungkir janji dengan Asma , dan Imran ingin menebus janjinya dengan Asma dahulu iaitu akan jandikan Asma sebagai isterinya . Disebabkan kemalangan itu Asma telah sakit dan janji Imran pada Asma pada masa itu akan berkahwin dengan Asma selepas sembuh dari kecederaan tersebut . Namun selepas kemalangan itu Imran sudah mencari Asma dimerata tempat tetapi tidak juga ditemui . Dan selepas dari itu , hubungan mereka putus tanpa khabar berita . Tetapi dalam kegembiraan Imran bersama keluargannya Asma telah wujud semula dan bertanya akan janji Imran terhadapnya dahulu .
Puncak
  • Konflik jiwa telah berlaku terhadap Imran , sehubungan itu juga Imran sekarang sedang bermain dnegan perasaan sendiri kerana Imran masih dengan janjinya untuk mengahwini Norasma . Pelbagai perasaan tertekan telah menimpa Imran , namun Imran telah ditenteramkan oleh Zahid dengan pelbagai nasihat dan pertolongan agar Imran dapat membuat keputusan dengan baik untuk keluarganya sendiri.
Peleraian 
  • Cerita menuju peleraian apabila akhirnya Imran telah membuat keputusan yang sewajarnya bagi dirinya , isteri dan anaknya dengan membuat keputusan yang sewajarnya telah dibuat . Namun Norhayati menerimanya dengan reda dan menghormati apa pun keputusan suaminya itu . Yati menyangkakan suaminya akan berkahwin dengan wanita tersebut . Tetapi dari mulut Imran sendiri Yati mendengar bahawa Imran dan Asma akan ikut haluan masing-masing untuk bertaubat dan Asma akan ke Makkah dan Imran selamnya bersama isterinya dan cahaya matanya . Akhirnya Yati amat terharu dengan keputusan Imran . Mereka berdua saling berpandangan dan tersenyum .
TEKNIK PLOT 
Monolog 
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah pada muka surat 285 ,
  • Imran : Asma ? Apa sudah jadi pada kau ? Aku ingat kau pasti sudah berkahwin , sudah punya anak-anak . Atau , kalau belum . Sayang....ini semua sebab akulah . Macam mana dia datang nak tuntuk janjinya dulu , aduh ! Parah aku . Macam mana pula dengan Yati ? Hasnita ? Dan yang bakal lahir itu ? Aduh pening kepala aku memikirkannya ! .
Kejutan 
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah Norasma terkejut dengan tindakan Imran yang memberitahu perkara sebenarnya kepada isterinya .
  • Teknik ini kita boleh lihat pada muka surat 322 .
  • Norasma : (terkejut) Kau...Kau beritahu Norhayati ? Kau ceritakan semuanya ? Er...habis tu apa reaksinya ?
Suspen
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah ketika Imran ingin memberitahu kepada isterinys sesuatu perkara dan isterinya tertanya-tanya benda apa yang ingin diberitahu oleh Imran , boleh kita lihat pada muka surat 318 .
  • Imran : Abang nak cakap sesuatu dengan Yati....Boleh ?                                                          Norhayati : Tentulah boleh , cakaplah                                                                                          Imran : Mungkin Yati hairan dengan perubahan sikap abang sejak akhir-akhir ini . Maafkan abang kerana membuat Yati risau dan serba salah terhadap abang . (Diam seketika) Sebenarnya abang ada sebab jadi macam tu....Yati....
Imbas Kembali 
  • Imran dan Norasma mengenang kembali peristiwa lepas iaitu peristiwa kemalangan mereka berdua semasa belajar di Universiti . Teknik ini dapat kita lihat pada muka surat 291 hingga 295 .
WATAK DAN PERWATAKAN 
Imran 
  • Imran berusia 30-an , merupakan suami kepada Norahayati dan merupakan bekas kekasih Norasma semasa mereka belajar bersama-sama semasa di IPTA .
1.     Seorang yang bertanggungjawab
  • Bukti yang menunjukkan Imran seorang byang bertanggungjawab ialah Imran selalu mengambil Norhayati balik dari pengajaran disekolah  serta sentiasa menjaga keperluan isteri dan anaknya .
2.     Seorang yang berpegang pada janji
  • Sebelum dia berkahwin  dengan Norhayati dia telah berjanji ingin berkahwin dengan Norasma tetapi niat tidak tercapai dan dia telah muncul kembali dalam hidup Imran perasaan bersalah Imran terhadap Norasma masih menebal dan Imran masih ingat janjinya dengan Norasma dan Imran ingin tunaikan janjinya dengan Norasma .
3.     Seorang yang cepat menerima teguran
  • Imran mudah ditegur dan menerima nasihat kawan dengan baik , iaitu Zahid cuba menasihati Imran agar berfikiran panjang sebelum membuat keputusan . Akhirnya Imran menerima teguran kawannya dengan baik .
4.     Namun Imran juga mempunyai sikap yang negatif sedikit
  • Imran tidak memikirkan perasaan Norhayati dan berniat ingin berkahwin dengan Norasma walaupun Norhayati membenarkan Imran berkahwin dengan Norasma .
  • Imran tidak mabil peduli perasaan isterinya dengan membuat permintaan yang begitu berat buat Norhayati .
5.     Imran berfikiran matang dan bijak membuat keputusan ,
  • Imran berfikiran matang serta bijak membuat keputusan iaitu dia akhirnya memilah jalan yang betul dengan tidak mengahwini Norasma dan akhirnya dia kekal bersama isteri dan anaknya selamanya .
Norasma
  • Berusia 29 tahun  , bekas kekasih Imran .
  • Norasma bekerja di sebuah firma di Johor Bahru , sebagai eksekutif pemasaran .
1.     Seorang yang menerima ketentuan Ilahi
  • Norasma akur dengan peristiwa yang menimpanya dan tidak menyalahkan sesiapa diatas yang menimpa dirinnya . Norasma reda dengan apa yang berlaku ke atas hidupnya .
  • Norasma hidup sebatang kara , mak dan ayahnya meninggal dunia , manakala adiknya pula berada di pusat pemulihan mental .
  • Norasma pernah terlibat dalam suatu kemalang bersama Imran semasan bersama belajar di IPTA .
2.     Norasma berfikiran positif dan memahami perasaan sesama wanita ,
  • Norasma berfikiran positif dan tidak berniat untuk menghaancurkan rumah tangga Imran dan Norhayati dengan tidak berkahwin dengan Imran dan Norasma juga menyatakan kepada Imran dia tidak akan menghancurkan perasaan Norhayati kerana Norhayati sorang isteri yang baik dan sanggup berkorban untuk Imran dengan membenarkan Imran berkahwin dengan Norasma .
Norhayati 
  • Berusia 29 tahun , merupakan isteri kepada Imran 
  • Seorang guru .
1.     Seorang yang baik hati ,
  • Dapat kita lihat pada watak Norhayati yang baik hati dengan sesiapa saja , dan dia baik hati kerana membenarkan suaminya berkahwin dengan Norasma .
2.     Norhayati merupakan ibu kepada cahaya mata Imran .

3.      Seorang yang tabah ,    
  • Segala dugaan yang datang diterima dan bersabar dengan ujian yang menimpa ke atas dirinya dan sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar ujian ini akan berakhir dengan cepat .
4.    Seorang isteri yang sanggup berkorban untuk suaminya , 
  • Norhayati yang sanggup berkorban untuk suaminya dengan merelakan suaminya berkahwin dengan Norasma dan rela berkongsi kasih sayang dengan orang lain .
Dr. Mona 
  • Berusia 32 tahun , merupakan ketua di tempat Imran bekerja dan kawan kepada Imran .
  • Merupakan kawan kepada Norhayati  dan Dr. Mona merupakan doktor kepada Norasma .
  • Dr . Mona merupakan seorang kawan yang prihatin terhadap kawan serta sudi mendengar setiap luahan masalah daripada Norhayati . 
  • Seorang yang pernyabar , iaitu Dr. Mona seorang yang penyabar mendengar permasalah yang dihadapi oleh Norhayati .
  • Seorang pendengar yang setia , iaitu Dr. Mona setia mendengar setiap permasalahan Norhayati sebagai kawannya dan Norasma sebagai pesakitnya .
Zahid 
  • Berusia 32 tahun , merupakan ketua di tempat Imran bekerja dan kawan kepada Imran .
  • Seorang sahabat yang setia mendengar luahan hati sahabatnya , iaitu Zahid setia mendengar masalah yang dihadapi oleh Imran .
  • Seorang yang baik hati dan jujur menolong kawan , iaitu Zahid jujur menolong Imran agar Imran tidak tersalah membuat keputusan yang terburu-buru .
  • Seorang yang tegas dalam bekerja , iaitu Zahid  tegas semasa bekerja walaupun dengan kawan sendiri , ini dapat dilihat Zahid mengur Imran yang sejak akhir-akahir ini komitmen Imran dalam pekerjaan kurang memberangsangkan .
LATAR
Latar Masa 
  • 12.30 tengahari , Dimana Imran dan Norasma berjumpa setelah sudah lama mereka tidak bertanya khabar , apabila Norasma muncul semula dalam hidup Imran .
  • 4 tahun lepas , Emak dan Ayah Norasma telah meninggal dunia , iaitu mulanya emaknya meninggal disebabkan demam panas dan tidak sampai setahun selepas itu ayahnya pula sakit jantung . 
  • Sudah setahun lebih , Iaitu sudah setahun lebih adik Norasma pula meringkuk didalam pusat serenti disebabkan adiknya tidak dapat menerima kenyataan yang emak dan ayahnya telah meninggal dunia .
  • Tiga , empat tahun selepas kemalangan , Iaitu paa waktu itu Imran sudah puas mencari  Norasma . sudah beberapa tahun Imran mencari Norasma tetapi tidak berjumpa .
  • Empat hari selepas kemlangan , Iaitu waktu dimana selepas kemlanagan Imran telah menziarahi Norasma di hospital , tetapi sesampai Imran di hosital , Norasma sudah tiada di situ kerana sudah dipindahkan ketempat lain .
  • Setahun lebih berubat , Dalam waktu itu , keadaan Norasma sudah kembali pulih , ingatan Norasma telah pulih  daripada kesan kemalangan tersebut .
  • Dua , tiga hari , Iaitu hanya dua,tiga hari sahaja Norasma tumpang rumah kawannya .
  • Waktu pagi , Iaitu waktu Norasma berjumpa dengan Dr. Mona untuk pemeriksaanya kesihatannya .
  • Pukul 11 pagi , Dr. Mona ada temujanji dengan pesakitnya . 
Latar Tempat 
  • Sinar Kejora Sendirian Berhad , iaitu tempat Imran bekerja , iaitu salah sebuah frima swasta .
  • Restoran Mawar , Jalan Sutera , Iaitu tempat Norasma berjumpa dengan Imran setelah sekian lama tidak berjumpa tidak berjumpa selepas peristiwa kemalangan tersebut .
  • Pusat Serenti ,  Pahang , Iaitu tempat adik Norasma berada , iaitu adik Norasma telah meringkuk didalam pusat serenti tersebut .
  • Hospital , Iaitu Norasma telah dibawa ke hospital selepas kemalangan tersebut .
  • Unit Kecemasan No. 2 , Iaitu tempat dimana Norasma dirawat , iaitu Noasma telah dibawa ke bilik tersebut untuk mendapatkan rawatan ,selanjutnya disebabkan kemalangan tersebut .
  • Melaka , Iaitu dimana tempat dimana keluarga Imnran membawanya pulang ke kampungnya untuk berubat secara kampung selepas kemalangan itu .
  • Perlis , Iaitu keluarga Norasma telah membawa Norasma pulang ke kampungnya sendiri untuk berubat secara tradisional terhadap  Norasma .
  • Selatan Siam , Iaitu ayah Norasma telah membawanya untuk berubat juga . 
  • Johor Bharu , Dimana tempat Norasma bekerja sekarang , iaitu disebuah firma disana dan Norasma bekerja sebagai  eksekutif pemasaran .
  • Kuala Lumpur ,  Tempat Imran mencari Norasma selepas peritiwa kemalangan tersebut , namun hampa Norasma tidak dijumpainya . 
  • Gombak , Iaitu rumah kawan Norasma sekampung dengannya dan di rumah itulah Norasma tumpang buat sementara sahaja . 
  • Petaling Jaya , Tempat Imran dan Norasma selalu makan dan selepas makan mereka terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan mereka berdua .
  • Universiti , Iaitu tempat Imran dan Norasma sama-sama belajar dan berkasih .
  • Di Tepi Pantai , Tempat Yati ,dan Imran mencari ketenangan dan  disitulah Imran telah menceritakan segala-galanya tentang peristiwa yang berlaku keatas dirinya sebelum berkahwin dengan Yati . 
  • Disebuah Taman , Yati berjumoa Dr. Mona dan meluahkan masalah yang dihadapi olehnya kepada Dr. Mona .
  • Di Kampung ,  iaitu Yati telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan untuk menenangkan jiwanya dan disitulah tempat Imran membuat keputusan yang sewajarnya untuk keluarganya juga .
Latar Masyarakat 
1.     Masyarakat bekerjaya ,
  • Imran pekerja di sebuah Firma Swasta dan dapat kita lihat  juga pada watak Norasma juga seorang yang bekerjaya iaitu Norasma bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Johor Bharu . Sehubungan itu dapat juga kita lihat bpada watak Dr. Mona yang bekerjaya juga sebagai seorang doktor untuk merawat pesakit-pesakitnya .
2.    Masyarakat yang bejar di universiti , 
  • Latar masyarakat yang belajar di universiti ini diwakili oleh watak Imran , Norasma , Norhayati dan Dr. Mona . Mereka pernah belajar di universiti sebelum melangkah ke alam pekerjaan mengikut bidang masing-masing , walaupun pihak hospital telah merawat mereka berdua selepas kemalangan itu .
4.     Masyarakat kampung
  • Iaitu diwakili oleh Norhayati , iaitu Norhayati pulang ke kampungnya sempena cuti persekolahan untuk menenangkan fikirannnya yang bercelaru itu .
5.     Masyarakat pendidik atau guru , 
  • Iaitu diwakili oleh watak Norhayati  yang bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah , Yati digambarkan seorang guru yang cemerlang dan baik .
6.    Masyarakat yang baik hati dan berfikiran terbuka , 
  • Norhayati digambarkan seorang yang baik hati kerana memanfaatkan Imran yang telah merahsiakan peristiwanya dengan Norasma .
  • Norasma pula digambarkan seorang yang berfikiran terbuka kerana Norasma tidak berniat untuk menghancurkan rumah tangga Imran dan Norhayati  sebaliknya Norasma tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dimiliki oleh Imran .
GAYA BAHASA 
1.    Diksi 
     (i) Bahasa Arab 
  • Iaitu penggunaan bahasa Arab ,
  • Contohnya : Assalamualaikum dalam bahasa Arab yang bermaksud Selamat Sejahtera . Alhamdulillah bermaksud segala pujian bagi Allahh .
     (ii) Bahasa Inggeris 
  • Iaitu terdapat banyak penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam draam ini ialah Success , challenge , klien , coffee , strecther , discharge , shopping , off mike , appointment , patient , direct .
2.     Bahasa Perbandingan 
     (i) Peribahasa 
  • Nasi sudah menjadi bubur , iaitu pada muka surat 298 
     (ii) Sinkof 
  • Iaitu penyingkatan , dalam drama ini terdapat banyak penyingkatan perkataan .
  • Contohnya abang disingkatkan kepada bang , engkau disingkatkan jadi kau , aku jadi ku , dan sebagainya . 
     (iii) Simile 
  • Contohnya : Iaitu pada muka surat 299 .
  • Norasma : (sebak) Tak apalah Imran ....macam mana pun , hari ini aku gembira sebab dapat tahu kau hidup bahagia . Bagi aku biarlah kuteruskan hidup seperti ni selangi termampu....
3.     Kata Ganda 
  • Contoh yang dapat kita lihat dalam drama ini ialah pada 
  • a) muka surat 298 , ialah kata ganda jumpa-jumpa ,                                                                           b) muka surat 292 ialah laju-laju , elok-elok,kuat-kuat ,                                                                      c) muka surat 314 baik-baik , ciri-ciri .
NILAI MURNI 
1.     Baik hati
  • Norhayati baik hati memaafkan Imran selepas Imran menjelaskan tentang kisah lampau dengan Norasma . Sebaliknya Norhayati menerima dengan reda atas perkara yang terjadi .
2.     Bertanggungjawab ,
  • Imran seorang suamin yang bertanggungjawab keatas isterinya iaitu terhadap Norhayati , ini dapat  dibuktikan dengan Imran selalu menjemput Norhayati pulang dari mengajar di sekolah dan pergi mengambil anaknya di rumah pengasuh selepas habis waktu bekerja .
3.    Kasih Sayang ,
  • Imran sanggup mengahwini Norasma walaupun dia sudah berkahwin dengan Norhayati ini kerana  sayangnya pada Norasma masih ada janjinya pada Norasma masih dia ingat , sehubungan itu juga Imran teramat sayang akan isteri dan anaknya .
4.     Rela bekorban
  • Norhayati sanggup berkorban untuk suaminya dengan membenarkan suaminya berkahwin dengan Norasma walaupun hatinya sakit dan terluka dengan permintaan Imran yang terlampau tinggi  sehinggakan Norhayati tidak sanggup lagi berbuat sedemikian .
5.     Berfikiran terbuka
  • Norasma tiada niat untuk merosakkan hubungan mereka berdua sebaliknya Norasma tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dimiliki oleh Imran .
PENGAJARAN 
1.     Kita hendaklah menghormati keputusan  yang suami kita buat ,
  • Sebagai seorang isteri haruslah menghormati setiap keputusan yan dibuat oleh si suami , sehubungan itu dalam drama ini dapat kita lihat Norhayati menghormati setiap keputusan yang Imran buat dan reda dengan keputusan tersebut .
2.     Hendaklah buat keputusan yang sewajarnya ,
  • Dalam kehidupan kita ini sebagai manusia mestilah bijak membuat keputusan sekiranya keputusan ynag dibuat salah ianya akan merosakkan hubungan yang dibina selama ini .
  • Dalam drama ni Imran telah menasihati oleh Zahid supaya buat keputusan yang sewajarnya sebelum keputusan dibuat Imran seharusnya memikirkan kesan kemudian hari .
3.     Janganlah terlalu memberi harapan kepada orang lain
  • Kita sebagai hamba Allah jangan sesekali suka memainkan perasaan orang lain serta jangan terlalu memeberi harapan yang belum pasti kita tunaikan . Sehubungan itu dalam drama ini dapat kita lihat pada watak Imran yang terlalu memberi harapan kepada Norasma sehinggakan harapan itu tidak dapat ditunaikan disebabkan Imran telah berkahwin dengan wanita lain  .
4.     Kita mestilah berfikiran positif dan terbuka ,
  • Kita sebagai hamba Allah seharusnya bersifat baik iaitu kita mestilah hidup berfikiran positif dan terbuka agar kita dipandang mulia oleh masyarakat lain.
  • Dalam drama ini dapat kta lihat pada watak Norasma yang bersifat sedemikian kerana tiada niat untuk merosakkan rumah tangga Imran .
5.     Hendaklah kita saling nasihat-menasihati kita dalam menjalani kehidupan ,
  • Sebagai manusia mestilah hidup saling nasihta-menasihati sesama kita agar kehidupan kita lebih bermakna dengan menolong orang lain. 
  • Dengan itu , dalam drama ini dapat kita lihat pada watak Dr. Mona dan Zahid , mereka berdua sebagai kawan Imran dan Norhayati sentiasa menolong dan menasihati Imran dan Norhayati sekiranya mereka berdua ada masalah .


Monday 5 December 2011

Dongeng Sang Puteri oleh Wan Ahmad Ismail

SINOPSIS
BABAK 1
Permulaan babak ditunjukkan tentang Mamat dan Putera sedang berkejar-kejar kerana Mamat mengambil topeng dan kipas Putera . Kemudian ditunjukkan watak Puteri yang sedang tidur dan disisinya ialah Nenek Kebayan iaitu nenek Puteri . Apabila sedar dari tidur Puteri menceritakan tentang mimpinya yang menyuruhnya erkahwin dengan lelaki dan lelaki tersebut akan mengikut segala kata-katanya . Namun Puteri mengatakan kepada Nenek Kebayan yang mimpinya tidak bagus , keran dia tidak patut menyuruh lelaki mengikut kata-katanya . Kemudian Kebayan dan Puteri menjamu selera , Puteri bertanya dari mana makanan tersebut , dan Kebayan menjawab dari seorang pemuda . Sedang mereka makan , Mamat yang juga kawan aik Puteri datang memberikan makanan  yang sama dia juga membawa pakaian dan subang yang hanya ada sebelah sahaja . Sebelahnya lagi entah kemana . Puteri mencuba pakain tersebut dan memakai sebelah subang setelah Mamat memintanya pakai . Babak satu ditutup dengan Puteri , Kebayan dan Mamat berlari mencari tempat berteduh kerana hari hujan .

BABAK 2
Babak kedua dimulakan dengan Kebayan mengejtkan Puteri di tempat selalu Puteri tidur . Namun bukanPuteri yang tidur di tepi Putera . Putera bangun dan menyatakan dia tidak sempat solat subuh . Kemudian Kebayan menceritakan tentang kehidupannya yang tinggal ditempat itu . Dia tidak mahu meminta simpati terhadap orang lain . Selagi terdaya dia akan menjaja demi mencari makanan buat dia dan Puteri . Putera mengajak Kebayan ikutnya sarapan di kedai mewah , namun ditolak oleh Kebayan kerana malu akan dirinya . Tetapi Puteri tetap mengajak dengan mengatakan tak semestinya orang kaya sahaja dapat pergi kedai mewah , kadang-kadang mereka juga berhutang dengan bank . Kemudian Mamat datang dengan basikal untuk menemani Kebayan menjaja . Mamat melihat Putera dan mengatakan dia kenal dengan Putera , kerana Putera telah memberikannya makanan , pakaian dan sebelah subang . Namun , Putera mengatakan dia tidak kenal Mamat , dia juga mengajak Mamat ke kedai untuk makan dengannya dan Kenayan . Tetapi Kebayan risau akan Puterinya yang tidak juga muncul lau mengatakan dia mahu menunggu Puteri . Puteri datang tidak lama selepas itu dan mengatakan dia memasuki istana dan sudah makan disitu apabila Puteri menolak perlawaan Putera untuk ikut sama makn di kedai . Putera tetap mengajak supaya Puteri boleh bercerita panjang disana nanti .

BABAK 3
Pada babak ini , Sultan Mahmud detang berbual-bual dengan Puteri dan mengajak Puteri tinggal bersamanya . Puteri mengatakan dia akan ikut tinggal bersama Sultan Mahmud , jika nenek dan Mamat ikut serta . Sultan Mahmud tidak keberatan jika Nenek Kebayan ikut juga , cuma Mamat tidak dibenarkan kerana Mamat bukannlah keturunannya . Puteri berasa pelik , kerana dia juga bukan keturunan Sultan Mahmud , teatpi Sultan Mahmud memberitahu Puteri yang dia ialah ayahandanya dan Puteri adalah anaknya yang telah hilang sejak 18 tahun dahulu . Sultan Mahmud mengatakan  bahawa Nenek Kebayan tahu akan segalanya , dan menyatakan bahawa sebelah lagi subang yang pernah diberikan olehnya kepada Puteri ada pada Nenek Kebayan .

BABAK 4
Kebayan mencerikan tentang asal usul Puteri , diman bondanya pernah bekerja sebagai perempuan joget di kelab malam . Kemudian dia berkahwin dengan Tengku Mahmud , tetapi dihalau selepas Sultan Mahmud tahu siapa diri bondanya ketika dulu . Bondanya dihalau pada ketika itu , bondanya sedang mengandungkan Puteri . Selepas setahu melahirkan Puteri bondanya pergi ke Singapura . Bekerja sebagai perempuan kelab malam dan berkahwin dengan orang sana . Tiga tahun selepas itu , terdengar khabar mendengarkan bondanya mati . Puteri sedih apabila mengetahui bondanya mati sebagai penari kelab malam juga . Namun , neneknya mengatakan bahawa ibunya mati di bilik sembahyang di kelab itu . Sultan Mahmud tang kembali mengajak Puteri dan Kebayan tinggal denganya , namu Puteri tidak mahu kerana neneknya tidak mahu lagi dihina . Dia lebih rela tinggal disitu , Sultan Mahmud tidak memaksa dan memberikan tempoh kepada Puteri dan Kebayan memikirkan hal ini . Tidak lama selepas Sultan Mahmud pergi , Mamat datang mengajak Pteri mendengar cerita Putera . Mamat mengatakan juga bahawa Putera menuggu mereka di Rumah Besar dan kemudian akan membawa mereka ke rumah sakit kerana Tengku Mahmud saki Leukimia .

PEMIKIRAN
Memaparkan tentang kisah perbezaan darjat diantara kerabat diraja dan rakyat biasa . Iaitu antara Tengku Mahmud dan bonda Puteri . Pengarang menceritakan semula bagaimana bonda Puteri dihalau dari istana keran darjatnya yang tidak sepadan dengan golongan diraja .

PERSOALAN
1.     Kasih sayang antara nenek dan cucunya ,
  • Nenek Kebayan amat menyayangi cucunya Puteri dan menjaga Puteri dari kecil hingga dewasa .
  • Ini dapat dilihat dalam kata-kata tersebut :
  • '' Puteri tahu , Puteri tidak lahir dan ditatang dalam dulan emas . Siapa Puteri ? Putera bukan anak raja . Puteri anak buangan . Nenek yang bersusah oayah membela Puteri '' .
2.     Keruntuhan moral ,
  • Ini dapat dilihat menerusi Nenek Kebayan dan bonda Puteri . Nenek Kebayan seorang yang mentaati agama namun anaknya iaitu bonda Puteri bekerja sebagai perempuan joget di kelab malam .
3.     Ketabahan hati ,
  • Dapat dilihat di mana seorang ayah yang mencari anaknya selama 18 tahun , dan berusaha memujuk anaknya kembali ke pangkuannya sebelum dia mati .
4.     Sikap manusia yang suka memandang hina orang miskin ,
  • Ini dapay dilihat melaui watak bonda Puteri yang dihalau apabila mengetahui dia pernah bekerja sebagai perempuan koget suatu masa dahulu .
PLOT 
Permulaan
Memperkenalkan watak-watak seperti Puteri , Kebayan , Mamat , Putera . Puteri bermimpikan tentang sesuatu dan diceritakan kepada neneknya .

Perkembangan
Ada seseorang yang menghadiahi Puteri baju yang cantik dan sebelah subang . Puteri tertanya-tanya mengapa pemuda tersebut menghadiahinya sebelah subang sahaja . Puteri berkenalan dengan Putera , dan Putera mengajak Puteri , Kebayan dan Mamat makan di restoran untuk bercerita panjang .

Puncak
Tengku Mahmud mengaku sebagai bapa Puteri , dia mengajak Puteri tinggal bersamanya . Nenek Kebyan juga menceritak tentang semua sal bonda Puteri yang pernah bekerja sebagai perempuan joget dikelab malam dan berkahwin dengan Tengku Mahmud tetapi dihalau dan kembali semula bekerja sebagai perempuan joget dan mati di bilik sembahyang kelab itu .


Peleraian
Puteri dan Kebayan mahu tinggal di Rumah Besar , kemudian Mamat datang mengajak Puteri mendengar cerita Putera . Mamat mengatakan Putera menunggu mereka di Rumah Besar , kemudian ke rumah sakit .  Kerana Tengku Mahmud saki Leukimia .

TEKNIK PLOT
Suspen 
  • Pembaca akan tertanya -tanya  siapakah pemuda yang memberikan makanan , pakaian dan sebelah subang kepada Puteri .
  • Pembaca juga akan tertanya-tanya siapakah kedua ibu bapa Puteri dan mengapa Puteri tinggal ditempat yang busuk dan kotor .
Konflik 
  • Konflik dalaman Nenek Kebayan apabila anaknya bonda Puteri dihalau dari istana kerana perkerjaannya sebagai perempuan joget dikelab malam dahulu .
  • Nenek Kebayan merasakan dia tidak mampu mendidik anaknya sehingga boleh bekerja di kelab malam , sedangkan dirinya sangat mentaati agama . Konflik dalaman Tengku Mahmud apabila anaknya Puteri enggan tinggal bersamanya walaupun puas dipujuk .
Imbas Kembali
  • Nenek Kebayan menceritakan kembali kepada Puteri siapakah ibunya . Ibunya merupakan penari di kelab malam sebelum berkahwin dengan Tengku Mahmud dan kemudian dihalau apabila diketahui oleh keturunannya .
Monolog 
  • Memaparkan suara ghaib yang meminta Puteri berkahwin dengan seseorang dan mengawal lelaki tersebut mengikut telunjuknya .
WATAK DAN PERWATAKAN
Puteri Lelawati Ayu 
  •  Berusia 18 tahun 
  • Merupakan watak utama 
  • Dijaga oleh neneknya yang bernama Kebayan Kembang Kasturi 
  • Seorang yang penyayang dimana dia begitu menyayangi neneknya yang telah menjaganya dari kecil 
Kebayan Kembang Kasturi
  • Merupakan nenek Puteri
  • Menjaga Puteri dengan kasih sayang 
  • Bekerja sebagai penjaja 
  • Merupakan ibu kepada bonda Puteri
  • Seorang yang  mentaati agama , dia juga tidak suka meminta - minta pada orang lain walaupun dia miskin 
Tengku Mahmud Baginda 
  • Merupakan kerabat diraja dan juga ayah kepada Puteri 
  • Menghidap penyakit leukimia dan tidak akan hidup lama 
Mamat 
  • Rakan baik Puteri 
  • Selalu menolong Nenek Kebayan mrnjaja barang dengan basikalnya 
Puteri Zainab Abidin 
  • Merupakan pembantu Tengku Mahmud 
  • Banyak berjasa dengan membantu Tengku mencari anaknya yang hilang
LATAR
Latar Masa
1.     Waktu Siang ,
  • Ketika Putera mengejar Mamat kerana Mamat telah mengambil topeng Putera
2.     18 tahun dahulu ,
  • Ketika Puteri masih bayi , Nenek mendodoikan Puteri tentang 'Dongeng Puteri'
3.     Tiga tahun kemudian ,

  • Dimana ibu Puteri meninggal selepas tiga tahun meninggalkan Puteri kepada Neneknya . Ketika iut Puteri masih bayi .
4.     Waktu Petang ,
  • Ketika Nenek dan Puteri sedang bercerita di bawah pokok .
5.    Semalaman ,
  • Peristiwa ini berlaku apabila Puteri tidak pulang semalaman kerana  Puteri dijemput ke Rumah Besar milik Tengku Mahmud .
Latar Tempat
  • Kawasan Setinggan ,  Dimana kawasan ini adalah tempat tinggal Puteri dan Nenek 
  • Rumah Besar , Rumah Besar merupakan rumah Tengku Mahmud dan Puteri pernah memasuki rumah  tersebut kerana telah dijemput olkeh Tengku .
  • Kelab Malam ,  Dimana tempat ibu Puteri bekerja sebelum berkahwin dengan Tengku Mahmu , kemudian mereka bercerai , ibunya kembali bekerja semula di kelab malam .
  • Singapura , Dimana tempat kelab malam ibu Puteri bekerja dan berkahwin dengan orang disana .
  • Masjid , Ibu Puteri mati ketika sedang solat di dalam masjid yang dekat dengan tempat kerjanya di kelab malam .
Latar Masyarakat 
  • Masyarakat miskin , Dapat dilihat pada watak Puteri dan Nenek yang hanya tinggal di kawasan setinggan dan kerja Nenek hanya menjaja barang .
  • Golongan bangsawan , Ini dapat dilihat melaui watak Tengku Mahmud yang merupakan golongan kaya dan tinggal di Rumah Besar . Selai itu juga , 
  • Masyarakat yang mementingkan darjat , Ini dapat dilihat apda keluarga Tengku Mahmud yang sanggup mengahalau ibu Puteri , hanya kerana pernah bekerja di kelab malam .

GAYA BAHASA 
Pengulangan 
  • Pengulangan dapat dilihat dalam muka surat 232 iaitu dialog Puteri yang memanggil neneknya sebanyak 2 kali .
  • Contohnya ''Nenek ! nenek berada disini . Nenek baru balik ?''
Perlambangan 
  • Perlambangan dapat dilihat dalam muka surat 232 iaitu ''Taklah duduk di kawasan bersampah sarap ni . Baguslah !'' . Maksud sampah sarap ialah menggambarkan keadaan miskin .
Sinkof 
  • Singkatan bagi ayat , dapat dilihat dlam muka surat 232 iaitu 'nek' merujuk kepada 'nenek' .
Diksi bahasa asing
  • Penggunaan bahasa asing iaitu bahasa inggeris seperti 'burger' , 'nite club' , manakah bahasa Arab pula ialah 'insya-Allah' ,'Alhamdulillah' .
NILAI 
1.     Kasih sayang sesama manusia , 
  • Ini dapat dilihat menerusi watak Puteri dan Nenek Kebayan yang saling mengambil berat diantara satu sama lain . Puteri sangat menyayangi  neneknya , begitu juga neneknya yang menjaga Puteri sejak kecil lagi .
2.     Kegigihan seorang ayah ,
  • Iaitu kegigihan seorang ayah yang mencari semula anaknya yang hilang selama 18 tahun . Walaupun sakit , Tengku Mahmud sanggup kemana sahaja demi mencari anaknya Puteri yang hilang .
3.     Kesetiaan ,
  • Kesetiaan ini dapat dilihat mellaui watak Putera yang selalu menolong Tengku untuk mencari anaknya . Kesetiaan yang ditunjukkan dapat dilihat apabila dia menerima semua arahan dengan hati terbuka .
PENGAJARAN
1.     Kita janganlah menghina orang yang miskin dari kita ,
  • ini kerana Allah tidak menyukai hambanya memandang hina pada orang lain . Sikap sesetengah pihak yang memandang hina golongan miskin ini menyebabkan pergolakan hidup antara golongan kaya dan miskin ini .
2.     Kita hendaklah mentaati orang yang lebih tua
  • seperti Tengku Mahmud yang begitu mentaati Nenek Kebayan walaupun dia adalah seorang raja . Sikap yang ditunjukkan seharusnya dicontohi .
3.     Kita janganlah selalu meinta simpati orang lain ,
  • seeloknyaa berusaha dahulu supaya kita tidak akan dipandang rendah oleh orang lain . Nenek Kebayan tidak pernah meminta simpati kerajaan walaupun hidupnya miskin .